Gurun Namib adalah sebuah
gurun di
Namibia yang merupakan sebahagian dari
Taman Negara Namib-Naukluft, salah satu taman negara yang terbesar di Afrika. Nama "Namib" berasal dari
bahasa Nama. Gurun ini meliputi wilayah sekitar
50,000 km², merentangi 1,600 km (1,000 batu) sepanjang pesisir
Lautan Atlantik di Namibia, yang mendapatkan namanya dari gurun ini. Luas barat-timurnya adalah dari 50-160 km (30 hingga 100 batu). Gurun Namib juga mencapai sebelah barat daya
Angola.Daerah ini dianggap sebagai gurun tertua di dunia dan telah mengalami keadaan
tandus atau separa tandus sekurang-kurangnya selama 80 juta tahun. Keadaan tandusnya disebabkan oleh turunnya air kering yang disejukkan oleh
arus Benguela sepanjang pantai. Kurang dari 10 mm (0.4 inci) hujan turun di gurun ini setiap tahun sehingga hampir tandus. Sejumlah
spesies tanaman dan
tumbuhan unik ditemukan di sini. Salah satunya adalah
Welwitschia mirabilis, tanaman seperti semak belukar. Welwitschia terkenal kerana kemampuannya bertahan hidup dalam keadaan yang amat kering di Namib, terkadang mendapat embun dari pesisir.Walaupun gurun ini tak berpenghuni dan tak terjangkau, ada penempatan di
Sesriem, dekat
Sossusvlei yang terkenal dan sekelompok besar
bukit pasir, yang dengan tinggi 340 meter merupakan bukit pasir tertinggi di dunia. Kerumitan dan pola bukit pasir dalam lautan bukit pasir telah menarik perhatian para
geologi selama puluhan tahun; namun tak dapat difahami dengan baik. Interaksi antara udara berisi air dari laut
angin selatan, dan udara yang kering dari gurun menyebabkan banyaknya
kabus dan aliran kuat, menyebabkan para pelayar mudah tersesat dengan ancaman
Skeleton Coast di utara, terkenal sebagai tempat
bangkai kapal. Beberapa bahagian daripadanya boleh ditemui sekitar 50 meter di daratan, kerana gurun ini bergerak perlahan ke barat menuju laut.Gurun Namib adalah tempat penting bagi perlombongan
tungsten,
garam dan
berlian.Perhubungan melalui pesawat kecil dari
Windhoek (ibu negara Namibia, sekitar 480 km dari timur pusat gurun),
Swakopmund dan
Walvis Bay di utara gurun, atau melalui darat di jalan berbatu.